Skip to main content

Permohonan E-rayuan IPTA / Universiti

Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU:
Permohonan E-rayuan IPTA / Universiti
PERHATIAN ;

Kepada pemohon yang ingin mengemukakan permohonan e-RAYUAN
seperti :

1) Lepasan Diploma
2) Lepasan STPM (Bukan Tahun Semasa)

Setiap dokumen yang dihantar ke IPTA perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas) SEBELUM 28 OGOS 2014

Antara dokumen yang perlu disahkan dan dihantar ke IPTA/UNIVERSITI yang dimohon ialah :

• Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
• Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
• Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang)
• Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
• Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
• Salinan Sijil STPM/Setaraf;dan
• Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
• Salinan Diploma/Sijil (Jika ada)
• Salinan sijil MUET;
• Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;dan
• Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada)
• Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/);

*nota tambahan*

•HANYA UNTUK PEMOHON YANG MENGEMUKAKAN PERMOHONAN e-RAYUAN SAHAJA.

•TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN IALAH PADA 28 OGOS 2014 (KHAMIS)