Skip to main content

Cara Unik Perkenalkan Diri Semasa Temuduga - Guest Post

Guest Post by Syed Shaff

Percaya tidak, tips untuk perkenalkan diri semasa temuduga, atau pun cara anda persiapkan resume untuk alam pekerjaan, memang kurang institusi yang akan beri fokus. Contoh di tempat pengajian saya dahulu, penekanan bergantung kepada salah satu subjek yang hanya meliputi dasar persediaan tips temuduga sahaja.

Lebih baik kalau dijemput penceramah yang bertauliah untuk berikan sedikit panduan dan tips terbaik untuk setiap pelajar dapat manfaatnya.
formal way to introduce yourself your name

Keadaan Normal Sesi Temuduga

Ahli Panel: Boleh kenalkan nama dan butiran diri anda.

Anda: Ya, nama saya Ali, umur 28 tahun. Sekarang bekerja di Osram, Pulau Pinang sebagai technician sejak 2013 lagi.

Ahli Panel: Minta kongsikan pengalaman atau peranan anda di Osram?

Anda: Di Osram, saya bekerja sebagai Proses technician. Antara tanggungjawab saya adalah menjaga ‘produk hold’ atau produk yang memerlukan untuk saya pastikan sendiri kualitinya.

Ahli Panel: bagaimana produk yang hold tadi boleh dikenal pasti?

Anda: Produk ini bergantung kepada carta SPC atau Statistical Process Control. Jika kualitinya melebihi OOS atau pun Out Of Spec, saya akan buat penilaian sendiri dan bergantung kepada tindakan apa yang perlu diambil.

Selesai.

Percaya tidak, ini adalah tipikal atau normal situasi setiap temuduga yang berlaku. Dalam 1000 orang yang hadir, boleh kata situasinya seperti yang di atas tadi.

Persoalannya, adakah ia salah?

Sudah pasti tidak? Tapi ia “tiada specialnya” kalau semua sama.

Semasa sesi interview, tujuan utama anda adalah untuk ‘impress’ atau buatkan ahli panel menganggap diri anda sesuai untuk bekerja dengan mereka. Buktikan yang diri anda mampu, mesra, boleh bertutur dengan baik berbanding dengan orang lain.

Kalau semuanya sama, takut takut anda tidak terpilih nanti.

Justeru amat penting untuk buat penampilan dan sesi interview anda menonjol dan meyakinkan.
Untuk itu, saya ingin berkongsi 2 tips yang anda boleh gunakan di bawah semasa sesi interview anda nanti.

Tip Pertama: Guna graph dan gambar

Ingat, fokus kita adalah supaya sesi interview kita nampak lebih menonjol berbanding dengan yang lain. Dan untuk nampak lebih menonjol, adalah penting untuk anda ‘modify’ cara pengolahan ayat supaya tampak lebih menonjol dan memberangsangkan.

Dan untuk, anda boleh aplikasikan penggunakan gambar dan graph.

Seperti contoh:

Sudah pasti dalam masa anda kenalkan diri, anda akan beritahu pengalaman tempat kerja lama seperti tanggungjawab anda semua. Dan dalam proses pengenalan itu, elok anda selang selikan dengan gambar besar bersaiz A4 yang diberikan pada ahli panel.

Kiranya, jangan sekadar cakap sahaja. Gunakan material lain seperti gambar untuk anda dapatkan lebih perhatian semasa sesi interview itu berlangsung.

Memang gambar gambar ini biasa kita akan letakkan dalam resume sekali. Tapi gambar yang saya maksudkan ini ialah gambar yang sudah dibesarkan, gambar yang anda pegang sendiri, dan bagi pada Ahli Panel pada masa yang sesuai. Ini penting untuk anda buatkan satu interaction menarik antara dua pihak.

Boleh juga anda gunakan graph ‘Space Chart’ untuk terangkan. Bagaimana anda ‘detect’ produk yang sudah OOC atau OOS contohnya.

Tip Kedua: Guna pen dan kertas

Kadang kadang dalam proses anda kenalkan diri, atau pun semasa anda kongsikan pengalaman kerja. Pasti akan terasa yang perbualan anda itu ada sedikit ‘terkeluar’ atau ‘terbabas’ sedikit daripada apa yang anda cuba bualkan.

Perkara ini normal, bukan senang untuk berkongsi kalau medium perkongsian itu mengharapkan ‘suara mulut’ sahaja.

Itu sebab, di sekolah sekolah. Ada cikgu yang menggunakan video, slide presentation, atau pun lukisan di ‘whiteboard’ untuk buatkan pelajar semua lebih mudah untuk faham. Dan idea nya sekarang, untuk kita pun turut gunakan medium yang seperti itu juga.

Iaitu pen dan kertas.

Perkara ini saya perasan untuk sesi temuduga saya yang baru berlansung dalam pertengahan tahun 2016 yang lepas.

Dalam masa saya terangkan proses hampir 6 atau 7 mesin yang saya bertanggungjawab untuk menjaga kualiti produk yang dikeluarkan. Sampai satu masa, tiba tiba saya sendiri yang ‘blur’ untuk sambung di peringkat mana penjelasan saya.

Ini terjadi disebabkan terlampau banyak mesin yang perlu diingat. Di setiap mesin juga perlu untuk terangkan masalah masalah yang biasa berlaku. Apa pula jenis ‘defects’ yang berlaku pada produk. Semua ini perlu diterangkan.

Dan disebabkan itu saya ter ‘off’ sedikit daripada ‘track’ perbincangan.

Lagi sekali, gunakan pen dan kertas dalam penerangan anda. Jangan risau, tak perlu malu. Anda nak dapatkan kerja. Setengah kawan kawan pasti akan fikir yang anda ni macam ‘poyo’. Tak mengapa, biarkan apa yang mereka nak fikir. Yang penting, anda berjaya sampaikan maklumat butiran diri anda dengan baik.

Tip Tambahan  - Tambah Kepetahan Bersuara

Sudah pasti bila tiba sesi temuduga anda akan mula berlatih bercakap. Antara perkara yang anda semestinya akan buat ialah:

  1. Berlatih untuk perkenalkan diri 
  2. Berlatih untuk berkongsi pengalaman kerjaya anda yang lepas
  3. Berlatih untuk menjawab soalan soalan lain yang mungkin diajukan kepada anda.

Semuanya untuk apa? Supaya dapat menguji dan perbaiki kepetahan anda bersuara. Tambah lagi dengan soalan soalan bocor yang lazimnya ditanya.

Dan dalam proses latihan sendiri itu, pasti anda merancang untuk bercakap dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.

Seperti contoh, anda mulakan dengan tamat pengajian dari mana, bidang apa. Seterusnya, syarikat mana yang anda sedang bekerja. Diikuti dengan butiran pengalamannya satu persatu.

Untuk permulaan, memang anda mulakan latihan ini dengan sedikit nota seperti di bawah bukan?

  • Mulakan dengan tamat pengajian dari mana
  • Cerita pengalaman dari kilang A
  • Cerita pengalaman dari kilang B
  • Dan seterusnya.

Motif saya sekarang.

Bila bersendirian memang anda akan petah bersuara. Sebab anda sedang dalam keadaan yang tenang. Tidak nervous.

Berbanding dalam situasi sebenar, yakni bila sesi interview sedang berlansung. Belum tentu apa yang anda rancang akan keluar dari mulut disebabkan perasaan ‘nervous’.

Untuk tackle masalah ini ialah berlatih dengan lebih kerap. Seperti contoh saya sendiri, akan buat sekurang kurang 3 hari sebelum hari temuduga.

Dan bila hari temuduga, anda tak perlu rasa segan pun untuk keluarkan nota apa yang anda ingin bualkan. Atau pun point point utama yang anda cuba ingin sampaikan.

Tidak apa yang dimalukan, kita semua manusia.

Begitu juga dengan penggunaan bahasa inggeris. Kalau anda tidak fasih tidak mengapa, cakap sahaja bahasa melayu. Apa yang penting ialah bukan anda petah bersuara berbahasa inggeris. Ialah kebolehan anda membantu menyesaikan masalah di tempat kerja. Kita pun takut takut kan, kalau bila nya terpaksa berbahasa inggeris, sedangkan kita tidak mampu. Akan buatkan pengolahan ayat dan penyampaian itu akan jadi sedikit terbantut. Jadi lebih baik tak perlu cakap atau gunakan bahasa inggeris lansung.

Tips tak perlu cakap bahasa inggeris ini hanya sesuai untuk Diploma dan kebawah sahaja. Kalau Engineer iaitu yang berkelulusan Ijazah Sarjana Mudah da keatas, anda mesti boleh bercakap bahasa inggeris. Seperti saya sendiri, masa bekerja di salah sebuah syarikat di Ipoh, ada satu satu masa saya perlu untuk bercakap dengan customer dari Filipina dan Amerika Syarikat.

Untuk sekarang, apatah lagi bila operator nya sendiri kebanyakan di ambil daripada warga lelaki Filipina.

Sekian itu sahaja.

Kesimpulannya, tujuan artikel ini dikongsikan adalah untuk anda boleh beri penerangan yang baik pada ahli panel interview. Anda sendiri pun pernah rasa yang, menyesal nya sebab tak menjawab dengan baik sedangkan selepas sesi interview ia bukan satu masalah. Ini sudah pasti disebabkan perasaan nervous. Tangani masalah ini dengan berlatih sekurang kurangnya 3 hari.

Dan ikut 3 tips yang saya berikan di atas.

Gunakan medium lain untuk buat perbualan interview dengan ahli panel nampak lebih menarik.

Syed Shaff mempunyai pengalaman bekerja lebih daripada 7 tahun. Sejak tamat pengajian pada 2009, sehingga 2017, sudah 3 Syarikat Utama Semikonduktor Malaysia yang Syed pernah bekerja. Dan lebih daripada 5 sesi interview yang pernah dihadirinya. Antaranya ialah TNB sebanyak 2 kali. Anda boleh rujuk pengalaman tips semasa temuduga beliau di Saya Share.com untuk lebih lanjut.