Guest Post by Syed Shaff Percaya tidak, tips untuk perkenalkan diri semasa temuduga, atau pun cara anda persiapkan resume untuk alam pekerjaan, memang kurang institusi yang akan beri fokus. Contoh di tempat pengajian saya dahulu, penekanan bergantung kepada salah satu subjek yang hanya meliputi dasar persediaan tips temuduga sahaja. Lebih baik kalau dijemput penceramah yang bertauliah untuk berikan sedikit panduan dan tips terbaik untuk setiap pelajar dapat manfaatnya. Keadaan Normal Sesi Temuduga Ahli Panel: Boleh kenalkan nama dan butiran diri anda. Anda: Ya, nama saya Ali, umur 28 tahun. Sekarang bekerja di Osram, Pulau Pinang sebagai technician sejak 2013 lagi. Ahli Panel: Minta kongsikan pengalaman atau peranan anda di Osram? Anda: Di Osram, saya bekerja sebagai Proses technician. Antara tanggungjawab saya adalah menjaga ‘produk hold’ atau produk yang memerlukan untuk saya pastikan sendiri kualitinya. Ahli Panel: bagaimana produk yang hold tadi boleh dikenal past