Bank Rakyat: Pengambilan KADS1M Debit-i Bank Rakyat Pelanggan yang dihormati, Bermula pada 30 Mac 2017, pihak Bank Rakyat akan menghantar emel secara berperingkat kepada pelajar bagi pengambilan KADS1M Debit-i. Bagi pelajar yang telah menerima emel, pengambilan KADS1M Debit-i boleh dilakukan bermula pada 31 Mac 2017 di cawangan pilihan anda. Hanya pelajar yang telah menerima emel sahaja dibenarkan untuk mengambil KADS1M Debit-i. Sekian, terima kasih. BANK RAKYAT KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1MALAYSIA Sila bawa dokumen berikut ketika mengambil KADS1M Debit Bank Rakyat : Pelajar berumur 18 tahun ke atas MyKad (Asal & 1 Salinan) Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan) Pelajar berumur bawah 18 tahun MyKad (Asal & 1 Salinan) Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan) Surat Kebenaran dari Ibu/Bapa/Penjaga 1 Salinan MyKad Ibu/Bapa/Penjaga Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat Pelajar (Asal & 1 Salinan)