Skip to main content

MPM: Larangan Memakai dan Membawa Masuk Jam Tangan Semasa Menduduki Peperiksaan STPM & MUET

MPM: Larangan Memakai dan Membawa Masuk Jam Tangan Semasa Menduduki Peperiksaan STPM & MUET
Ban on wearing watches during STPM & MUET effective immediately
Majlis Peperiksaan Malaysia:

Pemberitahuan

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Malaysian University English Test (MUET)

Larangan Memakai dan Membawa Masuk Jam Tangan Semasa Menduduki Peperiksaan

Berkuat kuasa mulai peperiksaan Penggal 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 dan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2016, calon yang menduduki peperiksaan STPM dan MUET adalah dilarang untuk memakai dan membawa masuk jam tangan ke dalam bilik/dewan peperiksaan dan semasa menduduki peperiksaan di bilik/dewan peperiksaan.

Calon boleh merujuk pada jam dinding yang disediakan di bilik/dewan peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung. Larangan ini adalah bertujuan untuk mencegah kes salah laku dalam kalangan calon, berikutan terdapatnya alat perhubungan dan kamera yang menyerupai jam tangan mutakhir ini. Badan-badan peperiksaan besar lain di dunia telah melaksanakan peraturan yang sama.

Ketidakakuran calon terhadap pemberitahuan ini boleh menyebabkan calon didakwa melakukan salah laku dalam peperiksaan mengikut takrif yang tertulis pada Kaedah 3 dan Kaedah 4, dalam Kaedah-Kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku) 1986 bagi Undang-Undang Malaysia, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225].

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Reasonable blanket ban on watches as the number of people wearing smartwatches is growing. It should not be a problem as long as wall clocks are working and accurate.