Siaran Media Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN):
7. Melalui insentif diskaun yang diberikan kepada peminjam ini dapat meringankan beban hutang yang ditanggung oleh peminjam kerana ianya secara langsung akan mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar. Tambahan pula insentif diskaun ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN sama ada yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atau sebaliknya. Yang penting, peminjam hanya perlu memulakan dan meneruskan bayaran balik mereka.Good news for PTPTN borrowers who have yet to pay back the full amount of their education loan debt. Check out the full details on PTPTN loan repayment discount offers (announced in Malaysia Budget 2017).
8. Insentif ini juga dapat meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN yang sudah bekerja sama ada sebagai kakitangan awam mahupun swasta untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji atau direct debit. Insentif ini adalah lebih menyeluruh dan mampu dinikmati oleh semua peminjam kerana diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik secara lumpsum dan juga konsisten setiap bulan. Sekiranya terdapat masalah untuk membuat bayaran balik mengikut jadual yang ditetapkan, peminjam disarankan untuk segera berunding dengan PTPTN.
9. Berdasarkan insentif bayaran balik kepada peminjam yang telah diumumkan, disarankan 1.5 juta peminjam PTPTN yang telah patut membuat bayaran balik mengambil peluang yang telah diberikan. PTPTN menjangkakan berlaku peningkatan bayaran balik melalui online/ direct debit daripada 30% kepada 40% dan peningkatan bayaran balik melalui potongan gaji iaitu daripada 10% kepada 20%.