Skip to main content

Notis: Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP/UPU, KPM)

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP/UPU, KPM)
Sebarang maklumat yang tepat dan terkini mengenai maklumat dan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier & Konvensional, METrO dan ILKA hanya boleh diperolehi menerusi portal rasmi BPKP (UPU) di http://upu.moe.gov.my/

Pihak BPKP (UPU) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan daripada penggunaan maklumat daripada mana-mana sumber lain sama ada media elektronik mahupun media massa seperti Facebook
(kecuali Facebook Rasmi BPKP JPT) dan sebagainya, selain daripada maklumat yang tersiar di dalam portal rasmi BPKP (UPU).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke universiti. Hubungi talian hotline UPU di 03-8870 6767 untuk sebarang maklumat lanjut.