Skip to main content

Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia

Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia
Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
  1. Bahasa Melayu (SK)
  2. Bahasa Melayu (SJKC)
  3. Bahasa Melayu (SJKT)
  4. Bahasa Inggeris (SK)
  5. Bahasa Inggeris (SJKC)
  6. Bahasa Inggeris (SJKT)
  7. Bahasa Cina (SK)
  8. Bahasa Cina (SJKC)
  9. Bahasa Tamil (SK)
  10. Bahasa Tamil (SJKT)
  11. Bahasa Iban (SK)
  12. Bahasa Kadazandusun (SK)
  13. Bahasa Arab (SK)
  14. Pendidikan Islam (SK)
  15. Pendidikan Islam (SJKC)
  16. Pendidikan Islam (SJKT)
  17. Sejarah (SK)
  18. Sejarah (SJKC)
  19. Sejarah (SJKT)
  20. Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK)
  21. Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC)
  22. Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT)
  23. Bimbingan dan Kaunseling (SK)
  24. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  25. Bimbingan dan Kaunseling (SJKT)
  26. Pendidikan Pemulihan (SK)
  27. Pendidikan Pemulihan (SJKC)
  28. Pendidikan Pemulihan (SJKT)
  29. Pendidikan Jasmani (SK)
  30. Pendidikan Jasmani (SJKC)
  31. Pendidikan Jasmani (SJKT)
  32. Pendidikan Khas (SK)
  33. Pendidikan Khas (SJKC)
  34. Pendidikan Khas (SJKT)
  35. Pendidikan Seni Visual (SK)
  36. Pendidikan Seni Visual (SJKC)
  37. Pendidikan Seni Visual (SJKT)
  38. Matematik (SK)
  39. Matematik (SJKC)
  40. Matematik (SJKT)
  41. Sains (SK)
  42. Sains (SJKC)
  43. Sains (SJKT)
  44. Reka Bentuk dan Teknologi (SK)
  45. Reka Bentuk dan Teknologi (SJKC)
  46. Reka Bentuk dan Teknologi (SJKT)
  47. Pendidikan Muzik (SK)
  48. Pendidikan Muzik (SJKC)
  49. Pendidikan Muzik (SJKT)
  50. Bahasa Arab - PPC
  51. Pengajian Islam - PPC
  52. Bahasa Perancis - PPC/Kembar
  53. Bahasa Cina Pendidikan Rendah - UEC
  54. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah -SMA/SMU
Bidang Pengkhususan
Berikut adalah senarai lengkap Bidang Pengkhususan mulai Ambilan 2014 :

Bil Bidang Pengkhususan Aliran Sekolah Pencapaian Gred Minimum Dalam Mata Pelajaran Peringkat SPM
Mata Pelajaran Peringkat SPM Gred Minimum
1 * Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Melayu
A-
SJKC Bahasa Cina
B
SJKT Bahasa Tamil
B
2 * Bimbingan dan Kaunseling
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Melayu
A-
SJKC Bahasa Cina
B
SJKT Bahasa Tamil
B
3 * Pendidikan Pemulihan
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Melayu
A-
SJKC Bahasa Cina
B
SJKT Bahasa Tamil
B
4 * Bahasa Melayu
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Melayu
A-
SJKC Bahasa Melayu
A-
Bahasa Cina
B
SJKT Bahasa Melayu
A-
Bahasa Tamil
B
5 * Bahasa Inggeris
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Inggeris
A
SJKC Bahasa Inggeris
A
Bahasa Cina
B
SJKT Bahasa Inggeris
A
Bahasa Tamil
B
6 * Bahasa Cina
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Cina
A-
SJKC
A-
7 * Bahasa Tamil
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Tamil
A-
SJKT
A-
8 * Bahasa Iban
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Iban
C
9 * Bahasa Kadazandusun
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Bahasa Kadazandusun
C
10 * Matematik
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Matematik
A-
Matematik Tambahan
A-
SJKC Matematik
A-
Matematik Tambahan
A-
Bahasa Cina
B
SJKT Matematik
A-
Matematik Tambahan
A-
Bahasa Tamil
B
11 * Sains
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Fizik/Kimia/Biologi
A-
SJKC Bahasa Cina
B
Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Fizik/Kimia/Biologi
A-
SJKT Bahasa Tamil
B
Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
Fizik/Kimia/Biologi
A-
12 * Reka Bentuk dan Teknologi
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut:
» Lukisan Kejuruteraan/
» Teknologi Kejuruteraan/
» Pengajian Kejuruteraan Awam/
» Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
» Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/
» Reka Bentuk dan Teknologi
A-
SJKC Bahasa Cina
B
Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut:
» Lukisan Kejuruteraan/
» Teknologi Kejuruteraan/
» Pengajian Kejuruteraan Awam/
» Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
» Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/
» Reka Bentuk dan Teknologi
A-
SJKT Bahasa Tamil
B
Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut:
» Lukisan Kejuruteraan/
» Teknologi Kejuruteraan/
» Pengajian Kejuruteraan Awam/
» Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
» Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/
» Reka Bentuk dan Teknologi
A-
13 * Pendidikan Islam** Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK/SJKC/SJKT
Bahasa Arab
B
Pendidikan Syariah Islamiah
A-
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
A-
14 * Bahasa Arab** Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK
Bahasa Arab
B
Pendidikan Syariah Islamiah
A-
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
A-
15 * Pendidikan Seni Visual Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK
Pendidikan Seni Visual
A-
SJKC
Pendidikan Seni Visual
A-
Bahasa Cina
B
SJKT
Pendidikan Seni Visual
A-
Bahasa Tamil
B
16 * Sejarah Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK
Sejarah
A-
SJKC
Sejarah
A-
Bahasa Cina
B
SJKT
Sejarah
A-
Bahasa Tamil
B
17 * Pendidikan Muzik** Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK
Bahasa Melayu
A-
SJKC
Bahasa Cina
B
SJKT
Bahasa Tamil
B
18 * Pendidikan Jasmani  ** Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK
Bahasa Melayu
A-
SJKC
Bahasa Cina
B
SJKT
Bahasa Tamil
B
19 * Pendidikan Khas
Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
SK
Matematik
A-
Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
Fizik/Kimia/Biologi/Sains
A-
SJKC
Matematik
A-
Bahasa Cina
B
Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
Fizik/Kimia/Biologi/Sains
A-
SJKT
Matematik
A-
Bahasa Tamil
B
Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
Fizik/Kimia/Biologi/Sains
A-

Nota :

1. *   Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
         Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
2. ** Calon yang memohon bidang Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
         MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.

Kalendar Aktiviti
Kalendar aktiviti bagi permohonan Calon Lulusan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan 2014 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan:

Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Iklan permohonan Calon Guru tajaan KPM lulusan SPM Ambilan Jun 2014 dalam akhbar tempatan.
09 Mac 2014
2
Permohonan secara atas talian (on-line) dibuka.
10 Mac 2014
3
Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
30 Mac 2014 (11:59PM)
4
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
09 - 13 April 2014
5
Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG). Sila bawa bersama surat panggilan UKCG
14 - 16 April 2014
6
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM.
05 Mei 2014
7
Temu Duga
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang telah dilengkapkan).
12 - 22 Mei 2014
8
◊ Semakan tawaran calon berjaya.
◊ Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM
◊ Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG.
10 - 22 Jun 2014
9
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran).
23 Jun 2014

Catatan :

◊ Sila cetak kalendar aktiviti ini untuk simpanan dan rujukan anda.
◊ Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan.

Soalan Lazim (FAQ) Bagi Permohonan
S. Bagaimana jika saya lupa atau kehilangan kata laluan.
J. Sila Klik pada pautan Lupa Kata Laluan ['? Kata Laluan'] untuk masukkan nombor kad pengenalan serta alamat emel
    yang telah didaftarkan semasa permohonan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel seperti yang
    telah didaftarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urus setia di alamat yang telah dilampirkan.



S. Dimana saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang pengisian borang permohonan terutamanya
    syarat khusus bidang pengajian yang dipohon.

J. Anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my.
    Semua maklumat seperti syarat kelayakan, struktur program, dan syarat khusus bidang pengajian yang dipohon boleh
    didapati daripada menu yang disediakan.



S. Berapa kali saya boleh mengemaskini borang permohonan.
J. Kemaskinian borang boleh dibuat seberapa banyak yang diperlukan selagi anda belum mengesahkan permohonan.
    Anda boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar.
    Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
    Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.



S. Apakah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
J. Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :
   i. Sesi Ujian Bertulis.
       a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
   ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
       a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
       b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
           Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
       c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
           ujian dilaksanakan.



S. Saya telah memenuhi keperluan minima permohonan tetapi masih gagal dipanggil menghadiri temu duga.
J. Selain dari memenuhi syarat asas yang ditetapkan, anda juga perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon.
    Di samping itu terdapat kriteria-kriteria lain yang diambil kira seperti penglibatan aktif dalam bidang ko-kurikulum
    dan pengiraan skor merit tertinggi mengikut bidang yang dipohon.



S. Saya telah menghadiri temu duga tetapi gagal dalam permohonan kemasukan program berkaitan.
J. Kemungkinan anda gagal dalam UKCG atau tidak mendapat perakuan panel temu duga atau mendapat merit yang rendah
    berbanding pemohon lain dalam sesi temu duga.



S. Dari mana saya akan mendapat maklumat berkaitan permohonan saya.
J. Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my dari masa
    ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.



S. Saya terlibat dalam Progam Latihan Khidmat Negara (PLKN). Bagaimana saya ingin mengetahui keputusan
    permohonan perguruan saya ketika saya sedang dalam latihan PLKN.


J. KPM akan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) melalui nombor telefon yang terdapat dalam sistem permohonan
    bagi calon yang berjaya. Anda juga dinasihatkan untuk mencetak kalendar aktiviti di menu permohonan bagi mengetahui
    tarikh-tarikh penting bermula permohonan online sehingga pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Kampus.