Saturday, 27 February 2016

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015: 2 Mac 2016 (Rabu)

Buletin TV3:
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 akan diumumkan Rabu (2 Mac 2016) ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari.

Bagi calon persendirian individu, mereka akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT jarak nombor kad pengenalan dan menghantarkannya ke 15888 atau secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.