Skip to main content

Kenapa Kita Perlu Belajar? Why Do We Need to Study - Guest Post

Guest Post by Syed Shaff

Soalan ‘kenapa kita perlu belajar’ walaupun dianggap sangat asas, tapi masih lagi belum tentu ada yang boleh menjawabnya dengan baik. Kebanyakan jawapan tiada fokus utama atau pun maksud yang kita boleh rungkaikan secara meluas kenapa kita perlu susah payah, habiskan masa untuk belajar di Sekolah, Politeknik, Universiti, mahupun mana mana tempat pengajian.

Dan dalam artikel ini, persoalan ini akan dirungkai sebaik-baiknya.
Why do we need to learn study
So wait... why do we have to learn this again?
Ada yang kata, kita mesti belajar supaya jadi orang pandai. Bila sudah pandai, nanti sudah besar tidak dibuli. Boleh jadi orang berguna. Belajar pun bagus, boleh dapat kerja elok.

Kesemua itu ada betulnya, tapi bagi saya sendiri.

Kita belajar adalah supaya ‘mampu membuat keputusan dengan baik’.

Kalau anda belajar, untuk dapat kerja yang diinginkan, bukan lah salah. Tapi kalau tak dapat bagaimana? Apa langkah seterusnya? Sedangkan daripada 10 orang kawan saya, lebih separuh yang bekerja bukan pada bidang yang kami belajar dahulu, iaitu Mechanical Engineering.

Bidang kerjaya saya juga lebih bersifat menyeluruh, mechanical sudah pasti, elektrical sudah pasti. Dan ada sedikit campuran kimia yang saya patut tahu.

Yang pasti jarang sangat bidang yang sama.

Jangan terkejut kalau kawan saya sendiri ada degree dalam Chemical Engineering tapi masih lagi kerja sebagai promoter.

Saya sendiri lebih dari 1 tahun bekerja sebagai Operator.

Kenapa ini berlaku?

Adakah sebab hidup kita di dunia ini tidak adil? Ketentuan ilahi?

Atau pun sistem rancangan kerajaan yang salah?

Jawapannya, dua-dua bukan.

Pernah kawan saya sendiri cakap, ‘kan bagus kalau aku belajar mekanikal, dan kerja pun dalam bahagian mekanikal

Bagi saya sendiri, kalau kehidupan kita ditentukan begitu, ibarat kurang sikit untungnya.

Seperti contoh.

Untuk saya sendiri. Gaji saya setiap bulan sebagai Process Technician di salah sebuah Syarikat Semiconductor di Utara mampu beri saya hampir RM 4000 setiap bulan.

Walaupun RM 4000 itu agak banyak, tapi masih lagi bergantung kepada jumlah “kerja lebih masa” yang saya lakukan setiap bulan.

Tak akan sampai umur 60 pun masih lagi nak buat kerja lebih masa?

Sedangkan selepas kahwin pun ramai yang sudah malas…Ini kan pula lagi sampai tua.

Percaya tidak, ini yang akan jadi, kalau kita lebih suka berfikir, ‘kan bagus kalau aku belajar dalam bidang mekanikal, dan kerja pun dalam bahagian mekanikal

Itu sebabnya, jawapan yang terbaik semasa anda menuntut di mana mana pusat pengajian. Hatta hanya SPM sekalipun, yang paling penting, supaya “dapat buat keputusan dengan baik”.

Dengan belajar, bila anda bergaul dengan orang yang lebih pandai. Ada pengalaman ‘handle’ project ataupun ’event’ yang berkaitan, memang sedikit sebanyak bantu tahap keyakinan dan kredibiliti diri anda.

Cuba lihat siapa yang lebih petah dan yakin bersuara beri ucapan di khalayak ramai. Siapa lagi kalau tidak yang mahu belajar.

Justeru, dengan belajar kita akan buka minda kita kepada yang lebih baik, lebih positif, lebih matang.
Seperti contoh:

Saya ambil diri saya sendiri, dengan kelulusan diploma yang saya ada, dalam jurusan mekanikal. Saya mampu raih bulanan RM 4000 setiap bulan untuk keluarga. Bukan lah tak bersyukur, saya percaya RM 4000 setiap bulan ini lebih daripada mencukupi oleh rata rata orang bekerja di Malaysia. Tapi bagaimana kalau saya nak bulanan saya 10 ribu ringgit sebulan, 20 ribu ringgit sebulan.

Adakah saya mampu dengan hanya bekerja Process Technician?

Sudah pasti tidak.

Dan sudah pasti, sesuatu yang lain harus dilakukan. Dan perkara ini hanya mampu dilakukan kalau saya ada pemikiran, minda yang positif untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang bukan pada tahap yang biasa saya lakukan.

Lagi sekali saya ulang, itu sebab, belajar di sekolah, mahupun universiti bukan untuk dapat kerja. Tapi untuk bijak buat keputusan yang baik.

Dan syukur pada Tuhan. Saya punyai rancangan saya sendiri untuk mencapainya.

Belajar sampai Diploma atau Degree?

Terpulang kepada anda. Saya pernah berusaha nasihat pada kawan baik saya sendiri, kenapa hanya belajar sampai SPM. Kenapa tidak sambung sekurang kurangnya diploma. Tapi lama kelamaan, baru saya tahu. Dia tak boleh berpisah dengan ibu yang makin uzur.

Memang menyesal juga hati saya.

Tapi andai kata anda masih lagi ingin tahu untuk soalan yang sama. Jawapan saya, kalau anda memang tiada sifat atau semangat untuk bekerja sendiri atau berniaga sendiri. Lebih baik anda ambil sambil degree. InsyaAllah, gaji degree sudah cukup untuk tampung hidup anda yang masih bujang dan juga bila sudah berubah tangga nanti.

Berapa gaji yang anda akan dapat vs perlu.

Untuk gaji pokok kelulusan Ijazah Sarjana Muda (fresh graduate), lebih kurang dalam RM 2 800 sebulan.

Ingat, RM 2 800 sebulan masih lagi bergantung pada pelbagai faktor, seperti:

  1. Produk yang dihasilkan oleh company atau kilang tempat anda bekerja. Seperti contoh, sama ada cover smartphone, penghasilkan plastic, microchip, alat alat hospital dan sebagaiya.
  2. Benefit bekerja yang lain. Seperti contoh kilang saya, ada 3 jenis bonus. Bonus pertama, iaitu profit sharing. Profit sharing ialah pemberian bonus untuk setiap 3 bulan kepada pekerja. Seperti contoh, katakan basic RM 2000. Dan bila dapat lebih kurang 0.3 profit sharing, + RM 600 pada bulan tersebut. Dan setiap 3 bulan yang seterusnya. Seterusnya, 2 lagi jenis bonus ialah bonus tahunan ( 1x ganda gaji ), dan bonus performance. Bonus performance bergantung kepada 
  3. Sama ada anda bekerja dengan sektor kerajaan atau swasta. Swasta mungkin gaji macam tinggi sedikit. Tapi anda nak buat loan rumah belum tentu mudah untuk dapat. Kalau kerja kerajaan, gaji macam agak sedikit, tapi loan rumah bukan satu masalah.
  4. Pengalaman anda sudah pasti bantu. Anda juga boleh ‘demand’ gaji. Ikut pada pengalaman saya, lebih kurang dalam RM 200 kalau saya tukar company lain, ya memang agak sedikit. Tapi pernah kawan baik saya dapat lebih RM 500(basic increment) lepas tukar company lain.
  5. Sektor bidang apa? Seperti contoh oil and gas, buat jalan, atau pun power plant penjanaan elektrik seperti TNB, atau pun kilang kilang utama. 
  6. Masa bekerja, 12 jam bekerja shift memang lama, tapi sangat berbaloi dengan masa dan gaji yang dapat.
  7. Samada ada syarikat yang sepenuhnya swasta atau pun GLC.
  8. Untuk yang kerja kerajaan juga masih lagi bergantung kepada department atau bahagian apa, seperti contoh kalau anda bekerja di LHDN dan Kastam, memang akan bagi gaji lebih berbanding dengan jabatan lain. Sebab jabatan ini menjadikan hasil pengurusannya sebagai untung syarikat. 

Tapi yang pasti, paling kurang anda sepatutnya dapat RM 2000 sebulan sekiranya anda ada Ijazaah Sarjana Muda.

Untuk diploma pula.

Untuk mana yang setakat Diploma seperti saya.

Ingat ya, bulanan kita agak lambat untuk cecah RM 2000 sebulan.

Ikutkan pengalaman saya sendiri.

Pada mula mula awal saya tamat pengajian.

2 tahun pertama, bulanan gaji saya lebih kurang dalam RM 1000 sahaja. Ada kerja yang tak sampai RM 200 pun sebulan.

Dan bila saya mula berpindah dari kilang kecil kepada kilang yang lebih besar yang lebih baik pengurusannya. Baru lah saya capai untuk gaji yang sekarang.

Berapa gaji minima yang kita perlukan?

Kita ambil contoh situasi kalau anda tinggal menyewa bersama kawan. Kebiasaanya, ini lah perbelanjaan yang anda akan perlukan.

Makan RM 450 (ambil kira kalau RM 15 sehari)
Bulanan Motor RM 200
Bulanan rumah atau sewa bilik RM 200
Bil telefon RM 150
Bagi ibu/ayah RM 200

Lebih kurang dalam RM 1000 yang anda perlukan setiap bulan, untuk awal awal pekerjaan.

Ini masih lagi belum masuk dengan bulan kereta yang sudah pasti lebih kurang dalam RM 800 sebulan. Belum masuk duit rumah lagi. Untuk RM 200 000 harga rumah, lebih kurang RM 800 juga sebulan. Duit PTPTN lagi.

Pendek kata, untuk diploma atau degree. Anda mesti dapatkan RM 2000 setiap bulan dengan cepat. Untuk degree, kalau anda terus dapat kerja di company yang besar, memang tiada masalah.

Tapi Diploma, mahupun anda dapat kerja baik di company yang besar. Gaji pokok anda masih lagi belum capai RM 2000. Di Ipoh, kebiasaanya, gaji pokok diploma RM 1250 sahaja. Bergantung kepada faktor yang hampir sama RM 2 800 untuk ijazah sarjana muda di atas juga.

Dengan gaji hanya RM 1250 memang sama ada anda perlu berhempas pulas paksa untuk buat kerja lebih masa atau pun, sekat sedikit perbelanjaan untuk mana yang lebih penting. Tapi itu lah, orang kita. Perbelanjaan yang pertama disekat ialah wang bulanan yang sepatut di beri pada ibu dan ayah.

Kesimpulan Kenapa Mesti Belajar.

Sekali lagi, niat untuk belajar atau “further study” bukan semestinya untuk mendapatkan kerja, sebalik nya cuba fikir kebaikan secara kesuluruhan.

Dengan dapat berfikir dengan baik, bukan sahaja diri anda, keluarga anda pun akan hidup dengan lebih baik. Kalau ada yang kata, kalau macam tu, tak perlu belajar tinggi ambil Ijazah pun tak mengapa, sebab sudah boleh berfikir dengan baik.

Masakan anda boleh kata berfikir dengan baik kalau mahu berhenti dari belajar?

Untuk mana yang niat lebih suka berniaga. Rasanya anda pun tahu sendiri, kalau nak berniaga burger atau kedai makan sekali pun, memang lepas beberapa bulan baru boleh dapat untung. Sementara itu nak makan apa? Jadi lebih baik anda belajar tinggi, dan cari kerja yang elok dan sesuai dengan taraf anda. Sekurang kurang nya apa apa terjadi, anda masih lagi ada kerja tetap.

Sebenarnya, saya sendiri masa masih lagi dalam alam pengajian di Universiti Malaysia Pahang, memang lansung tak fikirkan tentang ini. Tapi bila sudah lama, dan ada pengalaman bekerja sendiri. Hasil daripada titik peluh bekerja, buatkan saya berfikir. Ada eloknya kalau saya kongsi maklumat ini terutamanya pada adik adik yang baru habis belajar. Satu hari nanti, anda akan alami sendiri dan faham akan apa yang saya cuba sampaikan, cuma sekarang saya sengaja beri pendedahan awal, supaya anda lebih bersedia.

Syed Shaff bekas pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang, berkelulusan Diploma dalam Mekanikal Engineering. Mempunyai pengalaman bekerja lebih dari 7 tahun selepas tamat pengajian pada tahun 2009. Syed sekarang bekerja sebagai Process Technician di sebuah syarikat semikonductor yang mendapat ranking 12 di dunia. Anda boleh rujuk Saya Share.com sebagai blog perkongsian kerjaya beliau.