Skip to main content

Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) Putrajaya Campus to Open in September with 800 Students Intake

Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara)
Free Malaysia Today:
Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan mula dibuka di Kampus Putrajaya dengan pengambilan pertama seramai 800 pelajar, September ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkata buat permulaan, kumpulan pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama melibatkan kursus kemahiran dan vokasional.

“UniMara merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diwujudkan menerusi perancangan teliti Mara dalam membantu kaum Bumiputera di luar bandar mempertingkatkan taraf pendidikan mereka,” katanya.
Why make it a private university when it is fully funded by the government? Why is there a need for UniMara when there are already so many campuses of UiTM nationwide? If UniMara is for skill-based and vocational courses, will the university goals and courses offered overlap with numerous existing polytechnics in the countries?

More info:
Annuar berkata walaupun UniMara merupakan sebuah IPTS, segala kos pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata universiti itu merupakan salah satu fokus utama kementerian dalam pelan transformasi luar bandar bertujuan melahirkan pemimpin masa hadapan dalam kalangan penduduk luar bandar.

Beliau berkata UniMara akan memfokuskan kepada beberapa bidang, antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.