Skip to main content

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 Cuti Peristiwa Kerana Gangguan Hantu

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2
Berita Harian:
KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, diberi cuti peristiwa hari ini berikutan kes histeria sejak Isnin lalu.

Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya sebentar tadi, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa. [...]

Dalam kejadian bermula Isnin lalu hingga semalam, lebih 50 pelajar termasuk lapan guru mengalami histeria yang menyebabkan mereka menjerit dan meracau.

Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan waktu persekolahan ditamatkan sedikit awal pada hari pertama.

Seorang mangsa yang juga guru Pendidikan Jasmani, Norlelawati Ramli, 32, berkata beliau hampir dirasuk sebaik selesai menenangkan mangsa histeria di sebuah kelas di tingkat empat.

"Saya rasa kedua-dua tangan menjadi berat dan ternampak sekilas kelibat lembaga hitam di hadapan.

"Saya cuba lawan dengan membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah keadaan saya tidak serius," katanya.
SEORANG pelajar diberikan rawatan oleh dua guru selepas diserang histeria di SMK Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan, semalam
SEORANG pelajar diberikan rawatan oleh dua guru selepas diserang histeria di SMK Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan, semalam