Wednesday, 30 March 2016

Annual Expenditure of Malaysia National Service (NS) / Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2004 - 2015

Perbelanjaan PLKN Program Latihan Khidmat Negara
Perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2004 - 2015
Ong Kian Ming:
Dari Parlimen: RM7.5 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak 2004. RM408 juta dibelanjakan pada 2015 walaupun PLKN tidak dijalankan...
In January 2015 when the Prime Minister announced that PLKN was skipped for one year in 2015, one of the reasons cited was to save a RM400 million budget.

JLKN HQ:
KENYATAAN AKHBAR

PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015

Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN ) akur dengan keputusan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) ditangguhkan pada tahun 2015 bagi memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM400 juta.

Penangguhan PLKN 2015 dapat memberi ruang kepada JLKN untuk mengkaji semula dan menambahbaik program melalui Transformasi PLKN yang akan dilaksanakan nanti. Transformasi PLKN, bertujuan untuk merumus pendekatan yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara.

Lab juga telah ditetapkan pada bulan depan bagi membicangkan pelan transformasi PLKN yang melibatkan Pengusaha Kem, Ibu Bapa, Jurulatih PLKN, NGO – NGO dan Institusi Kewangan. Cadangan yang dibincangkn pada Lab akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diperhalusi.

Status pelatih Kumpulan dua dan tiga yang telah terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2015 akan ditangguhkan sehingga diumumkan kelak.

Disediakan oleh:

Dato’ Mohmed Asri bin Yusof
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia

Tarikh: 20 Januari 2015