Skip to main content

PLKN: Borang Secara Sukarela & Elaun RM450 Bagi 3 Bulan

PLKN: Borang Secara Sukarela & Elaun RM450 Bagi 3 Bulan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN):
Untuk makluman, pelatih sukarela juga layak menerima elaun sebanyak RM450 bagi 3 bulan penglibatan pelatih di kem. Sekiranya tidak terpilih, pelatih boleh memohon secara sukarela dengan mengisi Borang Secara Sukarela beserta salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan hantar melalui pos kepada:

Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tingkat 2-5, Bangunan Zetro
Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
(u.p. Bahagian Pengurusan Pelatih)

Borang Secara Sukarela boleh diperolehi dalam laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara di www.khidmatnegara.gov.my. Mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003 Seksyen 18 (1), pengambilan pelatih secara sukarela hanya pelatih yang lahir pada tahun semasa dan sebelum sahaja. (PLKN Siri 12/2015 –Tahun 1996-1997). Pemilihan pelatih secara sukarela bergantung kepada kekosongan kem dan akan dimaklumkan melalui Surat Tawaran Notis Panggilan Pelatih (NPP) .

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Pelatih di talian 03-4027/4123/4124/4246/4131/4132.

Syarat Pelatih Sukarela PLKN:

  • Penyertaan pelatih sukarela adalah untuk remaja berumur 18 dan 19 tahun sahaja.
  • Pemilihan pelatih sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
  • Penempatan kem dibuat oleh JLKN dan bergantung kepada kekosongan kem.
  • Pelatih sukarela akan menikmati segala kemudahan dalam kem seperti pelatih semasa.
  • Hanya calon yang terpilih sahaja akan dihubungi. Tempoh lapor diri adalah sehingga 2 minggu selepas tarikh lapor diri pelatih semasa.
  • Pelatih sukarela akan terpilih perlu melapor diri di kem dan pulang dari kem dengan menggunakan pengangkutan sendiri.
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pelatih Sukarela (Klik borang) dan tidak melibatkan sebarang pembayaran.
  • Permohonan lengkap boleh dihantar melalui pos atau emel kepada [email protected].