Skip to main content

Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)

Tawaran Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan PITO untuk guru sekolah menengah dan rendah bagi tahun 2014. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu meningkatkan kualiti dan kompetensi guru melalui CPD (continuous profesional development).

Maklumat lanjut serta tatacara permohonan boleh diperolehi dengan melayari www.moe.gov.my mulai 16 Jun 2014.

Untuk melihat surat tawaran kursus, sila muat turun dokumen di bawah. PITO Ambilan 2014 [pdf]

APLIKASI PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2014

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/programbpg untuk maklumat lanjut dan permohonan secara dalam talian.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Guru