Skip to main content

Rahsia Lulus Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) Tips to Pass MEdSI Test/Exam

Ujian MEdSI: Panduan & Contoh Soalan

Panduan Ujian MEdSI Test & Contoh Soalan Ujian MEdSI (MEdSI Test Sample Questions)
Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory)

Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
Apakah ujian MEdSi dan bagaimanakah bentuk atau format soalannya?
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Mengapa saya tidak terpilih untuk menduduki ujian MedSI?  Apakah kelayakan yang diperlukan?
MPM hanya membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam urusan pengendalian ujian MEdSI.  Dalam konteks ini, MPM hanya memproses senarai nama calon yang telah dipilih untuk menduduki ujian ini. Pemilihan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang pertanyaan tentang kelayakan dan proses pemilihan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui e-mel [email protected] atau telefon 03-88835858/88835801

Useful tips for MEdSI exam/test (Malaysian Educators Selection Inventory) below:
Komponen ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu :

PERSONALITI - (110 soalan)
MINAT KERJAYA - ( 60 soalan)
NILAI INTEGRITI - ( 70 soalan)
KECERDASAN EMOSI - ( 60 soalan)
JUMLAH - 300 SOALAN / JAM

Bagi membantu anda lulus dalam ujian MEdSi, calon2 mesti set dalam minda dan diri calon bahawa calon adalah seorang guru. Hal ini kerana ujian MedSi ini diadakan untuk menyaring calon2 yang selari dengan perwatakan guru yang sebenar. Terutamanya dalam menjawab uijian yang berkaitan Personaliti dan sebagainya.
Dalam menjawab soalan yang dikemukan, calon2 juga mesti berfikir dan bertindak secara profesional sebagai seorang guru.

Kriteria seseorang guru adalah mesti memiliki skala sosial yg tinggi. Ini kerana, ia memerlukan dirinya berinteraksi dengan orang lain dan menghindari aktiviti serta situasi realistik yg memerlukan dirinya berinteraksi dgn benda dan data, mggunakan kcekapan sosial dalam menyelesiakan masalah di tempat kerja dan suasana lain, menganggap diri mereka sebagai individu yg suka menolong org lain, memahami org lain dan memiliki kebolehan mengajar. Namun begitu, tret ini kurang kebolehan dalam bidang mekanikal dan sainstifik dan memberikan nilai yang tinggi terhadap aktiviti bercorak sosial.

Selain itu, bagi soalan yang mahukan anda menyatakan tahap persetujuan sama ada :
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Setuju
Sangat Setuju,
calon2 mesti menjawab sama ada Sangat Tidak Setuju @ Sangat Setuju sahaja. Hal ini kerana, dalam ujian MEdSi, min tertinggi akan dikira dalam proses pengiraan markah ujian.

Calon2 juga mesti tahu, soalan yang diberikan terbahagi kepada soalan berbentuk positif dan berbentuk negatif. Dan ketegasan dalam menjawab sesuatu soalan sangat diperlukan.

Contoh soalan:

Soalan Positif :
Guru sepatutnya tidak boleh bercinta dengan pelajar.- Sangat Setuju.

Soalan Negatif :
Sesekali guru boleh pulang awal- Sangat Tidak Setuju

Source: Facebook