Skip to main content

Ministry of Education: Teacher Who Forced Students to Act Like Cows Transferred Immediately

The verdict is out, the English teacher at SJKC Khai Meng who forced two students to wear bells and act like cows (lembu) to eat grass has received official warning letter from Ministry of Education calling his act excessive and transferring him to another school effective immediately.

One thing strange was why this teacher's name was not published in the press whereas the names of the kids (victims) and their parents were. Why did the press conspire to hide the name of the teacher who has been found guilty but instead published the names of the victims? Poor kids who failed to complete their schoolwork are now traumatised and scared to attend schools because of the act of this irresponsible teacher.
Ministry of Education Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Official announcement by Ministry of Education Malaysia:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KENYATAAN BERKAITAN GURU MENDENDA MURID KERANA TIDAK MENYEMPURNAKAN KERJA SEKOLAH DI SJKC KHAI MENG, SUNGKAI, PERAK
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti siasatan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Perak berkaitan seorang guru Bahasa Inggeris mendenda murid yang tidak menyempurnakan kerja sekolah dengan merotan dan mengepin loceng pada baju murid serta mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput pada 24 Januari 2014 di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak.

Berdasarkan siasatan tersebut, KPM mendapati adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan. Hal kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai. KPM juga ingin menjelaskan bahawa isu murid tidak buat kerja sekolah (homework) bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan harus ditangani secara PdP juga iaitu menerusi bimbingan secara berterusan.

KPM juga mendapati ini telah dibincangkan secara meluas menerusi media dan pelbagai khususnya ibu bapa murid berkenaan telah menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap guru berkenaan. Tindakan guru berkenaan juga didapati telah memberikan imej yang kurang baik kepada KPM dan sehubungan itu KPM telah bersetuju untuk mengenakan tindakan seperti berikut;

1. Pengarah Pendidikan Perak mengeluarkan Surat amaran yang tegas kepada guru berkenaan kerana bertindak secara keterlaluan mendenda murid yang tidak menyempurnakan kerja sekolah; dan

2. Menukarkan guru tersebut ke sekolah lain.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 26 Januari 2014