Skip to main content

Tarikh Tutup Pendaftaran SPM, SPM(U) & STAM 2013: 31 Mac 2013

Tarikh tutup bagi pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 ialah 31 Mac 2013.

Calon sekolah boleh mendapatkan borang pendaftaran dari sekolah masing-masing dan menghantar kembali borang yang penuh diisi kepada pihak sekolah.

Calon persendirian pula boleh menguruskan pendaftaran bagi peperiksaan tersebut di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan.

Maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.